12 Oktober 2016


New Delhi: Seorang pelajar perempuan mengalami detik mengerikan ketika berselfie di atas feri apabila rambutnya tersepit pada roda buaian berputar di satu karnival di Uttar Pradesh menyebabkan sebahagian besar kulit kepalanya terkoyak.

Menurut Daily Mail,

Dalam kejadian mengerikan yang berlaku di luar sebuah kolej di Baraut, bandar kecil kira-kira 60 kilometer di utara New Delhi, minggu lalu, pelajar itu dipercayai sekitar 16 tahun, mahu berselfie dekat buaian berputas itu.

Namun dia pergi terlalu dekat menyebabkan rambutnya tersangkut pada roda buaian menyebabkan kulit kepalanya terkoyak apabila buaian itu bergerak.

Rakan-rakan serta orang ramai dilihat berusaha menenangkannya manakala pekerja berusaha melepaskan mangsa dari buaian.

Menurut laporan media India, pelajar itu kini sedang dirawat di hospital.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!