11 Oktober 2016


Personaliti fesyen dan pengacara program bercorak kembara, Wak Doyok menjelaskan tiada persefahaman menjadi punca percintaannya dengan bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim, putus di pertengahan jalan. 

Wak Doyok atau Mohd Azwan Md Nor, 37, berkata walaupun berdepan dengan saat sukar seperti itu namun beliau tetap tabah dan tenang menghadapinya. 

"Saya baik-baik saja. Tak sedih pun. Memandangkan antara kami sudah tiada lagi persefahaman, saya terima hakikat perpisahan ini tanpa ada rasa kecewa. "Selepas ini saya nak buka buku baharu dan fokus pada kerjaya seni dan perniagaan," ketika dihubungi BH malam tadi.  

Ketika dihubungi, pengacara program Ke Korea Ke Kita ini berada di Jakarta, Indonesia kerana menjalani penggambaran program realiti berjudul The Cutz. Program mencari tukang gunting terbaik ini menyaksikan Wak Doyok bertindak sebagai juri. 

Berita putus cinta antara pasangan itu tersebar sebaik saja personaliti terbabit memuat naik status di laman sosial Twitter yang menggambarkan situasi yang dialaminya ketika ini. Mengenai berita pertunangannya seperti yang tersebar Julai lalu, Wak Doyok berkata, itu hanyalah khabar angin semata-mata.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!