21 Oktober 2016


KUALA NERUS – Sebuah pasar raya di daerah ini melupuskan 63.8 kilogram (kg) cili ke­ring untuk mengembalikan semula keyakinan pengguna susulan penyebaran gambar tikus dalam longgokan cili kering di premis itu yang menjadi viral di media sosial pada Isnin lalu.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Terengganu, Azlan Abd. Samat berkata, lima petugas KPDNKK telah pergi ke pasar raya itu untuk memastikan kesahihan viral tersebut.

“Pihak pengurusan pasar raya terbabit memaklumkan telah melupuskan semua 63.8kg stok cili kering yang masih berbaki (di dalam bekas terbuka).

“Pihak pengurusan juga memaklumkan mereka telah menukar kaedah penjualan cili kering dengan membungkusnya di dalam bungkusan kecil dan tidak lagi secara terbuka di dalam kotak besar seperti sebelum ini,” katanya.


0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!