6 Oktober 2016


Indonesia semalam menahan seorang lelaki yang dipercayai menggodam sistem komputer sebuah syarikat pengiklanan baru-baru ini kerana menayangkan klip video pornografi di papan kenyataan elektronik, selatan Jakarta.

Pegawai polis terpaksa memutuskan bekalan kuasa papan kenyataan tersebut selepas klip video itu ditayangkan selama lima minit, namun beberapa penunggang motosikal berjaya merakam insiden berkenaan serta berkongsi di laman sosial.

“Suspek sudah melanggar undang-undang pornografi dan maklumat dan teknologi,” kata jurucakap Polis Metro Jakarta, Awi Setiyono.

Tambah Setiyono, suspek berusia 24 tahun itu ditangkap di pejabatnya yang terletak di Jakarta Selatan.

Suspek ditahan selepas pihak polis berjaya mengesan alamat IP yang bersambung dengan papan kenyataan tersebut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!