9 November 2016


Seorang wanita pekerja kilang maut akibat tersepit dalam mesin pembancuh tepung di tempat kerjanya di Jalan Sri Wangi, Taman Perindustrian Desa Plentong, Bandar Baru Permas Jaya di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Superintendan Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada 12.43 tengah hari ketika mangsa yang dikenali sebagai Noridah Nazir, 42, sedang melakukan kerja rutinnya sebagai penjaga mesin bancuh tepung itu,

Tangan kanan mangsa dipercayai termasuk ke dalam mesin bancuhan itu sehingga menyebabkan badannya juga tertarik ke dalam.

"Mangsa mati serta-merta di tempat kejadian dan polis tidak menjumpai apa-apa kesan yang menjurus kepada perbuatan jenayah," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Sulaiman berkata siasatan masih diteruskan dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail di sini untuk bedah siasat.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!