25 November 2016


Hasrat seorang gadis untuk melangsungkan pernikahan dengan tunangnya pada 10 Disember ini tidak kesampaian apabila pasangannya itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini semalam akibat cedera parah selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di pekan Danok, Selatan Thailand Ahad lalu.

Noor Hafizah Yahya, 22, dari Bayan Lepas, Pulau Pinang berkata, tunangnya, Muhamad Amirul Rais Khalid, 24, dari Kampung Bukit Lada, Pokok Sena dekat sini meninggal dunia di HSB pada pukul 4.25 pagi semalam.

Menurutnya, dia dan keluarganya telah membuat persediaan termasuk menempah baju pengantin dan pelamin serta katering memandangkan tarikh majlis pernikahannya tinggal kira-kira dua minggu sahaja lagi.

Malah katanya, keluarganya juga telah mengedarkan kad jemputan kepada tetamu untuk hadir pada majlis pernikahannya itu.

“Majlis kenduri pada hari pernikahan saya mungkin ditukar kepada majlis tahlil arwah tunang saya,” katanya ketika ditemui di HSB di sini semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!