22 November 2016


Kerajaan Thailand akan memulakan pembinaan tempat bara api bagi upacara pengebumian Raja Bhumibol Adulyadej yang mangkat pada usia 88 tahun, awal tahun depan.

Menurut kenyataan rasmi, sekurang-kurangnya seramai 8,000 orang akan dikerahkan bagi kerja pembinaan tempat bara api itu.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Thanasak Patimaprakorn berkata, sebuah jawatankuasa khas bagi memantau pembinaan ini telah ditubuhkan untuk memastikan kelancaran upacara itu.

Upacara harian mengikut kepercayaan agama Buddha telah lama dimulakan sejak hari baginda mangkat di Istana di Bangkok tetapi pembakaran mayat raja hanya akan berlaku sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun lagi.

Bhumibol yang merupakan raja paling lama memerintah Thailand selama tujuh dekad disifatkan sebagai pemerintah berintegriti dan berbelas kasihan serta pencetus kepada keamanan, perpaduan dan kemakmuran.

Kerajaan junta Thailand telah mengisytiharkan hari berkabung rasmi selama setahun berikutan kemangkatan Bhumibol.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!