22 November 2016


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah menasihatkan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali agar berhenti melakukan dan menyertai perhimpunan tunjuk perasaan di jalanan.

Ibrahim yang merupakan aktivis pelajar sekitar 1970-an berkata, penyertaan Dr. Mahathir dalam perhimpunan Bersih 5.0 Sabtu lalu menunjukkan perkara bertentang­an daripada pendirian asal bekas pemimpin UMNO itu.

Beliau berkata, se­waktu kerap men­jalankan perhimpunan jalanan, per­buat­annya menerima kutukan da­ri­­pada orang ramai dan Dr. Mahathir menasihatkannya untuk berhenti melakukan perkara itu.

“Yang berlaku se­ka­rang adalah sebaliknya apabila orang yang kutuk dan menasihati saya itulah yang buat benda-benda macam ini sampai saya nampak semua sudah terbalik.

“Jadi, keputusan saya tidak sertai Bersih adalah atas teguran Dr. Mahathir untuk saya tidak melakukan itu dan ini. Jati diri dan pengalaman beliau banyak mengajar saya,” katanya dalam sidang akhbar Persidangan Agung Tahunan Perkasa kali ketujuh di sini semalam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!