24 November 2016


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya akan berhenti ‘bercakap’ apabila semua pihak mendengar atau mengikut segala kemahuannya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, itu adalah sikap Dr. Mahathir sejak dahulu dan bekas Presiden UMNO itu akan melakukan apa sahaja tindakan termasuk menye­rang Pas, yang tidak mengikut kehendaknya.

Sehubungan itu, Mohd. Amar mengingatkan bekas Perdana Menteri itu supaya berdiam diri dan berehat daripada arena politik kerana dengan tindakan ter­sebut akan membuatkan rakyat lebih menghormatinya sebagai seorang negarawan.

“Sikap Mahathir ini mudah sahaja, dia akan berhenti bercakap apabila semua orang ikut dia. Kalau tidak ikut, dia akan melakukan apa sahaja.

“Dia tidak ada kerja sekarang, sebab itu melakukan pelbagai tindakan. Lagipun kebanyakan perkara yang dilakukan oleh Dr. Mahathir sekarang adalah yang pernah dilarangnya semasa menjadi Perdana Menteri. Sebagai contoh, dahulu dia melarang rakyat menyertai perhimpunan, tetapi sekarang dia lakukan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar turut memberi amaran kepada Dr. Mahathir supaya berhenti menyerang Pas sekiranya mahu menjalinkan kerjasama dengan parti itu.

“Saya ingatkan, kalau betul-betul Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hendak menjalinkan kerjasama dengan Pas untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, Mahathir kena jaga mulut. Dr. Mahathir kena ingat, beliau bukan lagi Perdana Menteri, jadi kena tahu hadnya,” tegas Mohd. Amar lagi.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!