4 November 2016


Seramai 32 peniaga di Wisma Yakin, Jalan Masjid India di sini memohon kerajaan membantu memulihkan mercu tanda perniagaan Melayu itu yang kian ‘lumpuh’.

Penasihat Persatuan Peniaga Wisma Yakin, Datuk Aznil Nawawi berkata, entah di mana silapnya, peniaga yang merupakan pemilik premis terbabit tidak dapat berniaga ekoran bangunan 11 tingkat itu seperti ‘hilang’ daripada pandangan orang ramai.

“Jika pada musim Hari Raya Aidilfitri, Wisma Yakin adalah tempat yang sangat meriah. Sekarang bangunan ini seolah-olah ‘mati’ dan mereka terus cekal meneruskan perniagaan.

“Kami ingin mendapatkan perhatian daripada pihak kerajaan bagi melihat bagaimana untuk mengembalikan kegemilangan peniaga-peniaga Melayu di Wisma Yakin,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Peniaga Wisma Yakin, Datuk Maideen Kadir Shah.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!