16 Disember 2016


Kementerian Pengangkutan Udara Mesir hari ini berkata terdapat kesan bahan letupan di kesemua  66 mayat penumpang yang menjadi mangsa nahas pesawat EgyptAir Mei lalu.

Jawatan kuasa Siasatan Rasmi  yang dilantik dalam satu kenyataan berkata laporan telah diserahkan kepada pejabat pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Di bawah undang-undang Mesir,  pihak pendakwaan akan mengambilalih siasatan sekiranya “terdapat kemungkinan wujud unsur-unsur jenayah pada nahas,” menurut kenyataan itu lagi.

Sewaktu nahas, Pesawat EgyptAir MS804 dalam perjalanan dari Paris ke Mesir sebelum hilang di laut Mediterranean.

Para penyiasat sebelum ini merumuskan berlakunya kebakaran berhampiran kokpit juruterbang sebelum terhempas di Crete yang terletak di utara Mesir.

Antara yang terbunuh adalah 40 warga Mesir, 10 anak kapal dan 15 warga Perancis.
Menteri Pengangkutan Udara Mesir sebelum ini berkata serangan pengganas berkemungkinan menjadi punca nahas.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!