15 Disember 2016


Hasrat penyokong Red Giants untuk melihat Mehmet Durakovic kembali membimbing Selangor tidak kesampaian apabila bekas pengendali pasukan itu memilih untuk pulang ke Australia pada cuti Krismas ini.

Durakovic, 51, yang berjaya membantu skuad Merah Kuning menamatkan misi ‘33’ dengan menjulang Piala Malaysia musim lalu, hadir ke Pejabat Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) semalam bagi membincangkan beberapa perkara termasuk tawaran untuk membimbing pasukan.

Bagaimanapun, pertemuan itu gagal mencapai kata sepakat dan Durakovic hanya bersedia untuk kembali memimpin pasukan pada masa depan.

“Saya gembira selama menjadi jurulatih untuk Selangor dan ia akan kekal sebagai kenangan terindah yang saya percaya sukar dicari ganti.

“Untuk membimbing pasukan semula rasanya tidak dan saya akan pulang ke Australia selepas ini,” katanya ketika ditemui di lobi Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) semalam.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!