22 Disember 2016


Bekas bintang Selangor, Abdullah Ali menyarankan seluruh barisan Exco Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) meletakkan jawatan sekiranya berasa mereka sukar bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menguruskan persatuan dan mendapatkan dana untuk beraksi dalam Liga Malaysia 2017.

Bekas sayap kiri dari 1974 hingga 1981 itu, yang terkenal dengan sepakan sudut inswinger, menggesa Exco FAS mengambil tindakan nekad itu jika mereka juga tidak rela melihat pasukan Gergasi Merah, pemain dan peminat ‘terkorban’ di tengah-tengah kemelut itu.

“Politik dan bola sepak nampaknya sudah tidak dapat dipisahkan sekarang. Inilah yang berlaku apabila kebanyakan persatuan bola sepak negeri gemar melantik atau mewajibkan Menteri Besar atau Ketua Menteri sebagai Presidennya (mengikut perlembagaan persatuan).

“Jika pegawai kanan FAS tidak dapat bekerjasama de­ngan pihak yang mengeluar­kan dana, merekalah yang kena berundur. Mungkin de­ngan pihak lain yang menggantikan mereka, dananya lebih mudah disalurkan. Jangan sampai korbankan pasukan, pemain dan peminat Selangor,” kata Abdullah kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu penyerang le­genda 90-an Merah Kuning, Az­man Adnan pula menggesa Exco FAS berpijak di bumi nyata dengan menggunakan khidmat pemain belia tanpa meletakkan sebarang sasaran tinggi sekiranya dana RM15 juta yang diidamkan gagal diperoleh menjelang sepak mula Liga M, 21 Januari ini.

“Jika tidak mampu dengan kewangan tinggi, turunkan pelapis remaja, berikan pendedahan kepada mereka tanpa sasaran. Ukur­lah kemampuan sendiri kalau tidak mampu beli pemain yang mahal.

“Bukan mudah untuk mencari dana. Jika kerajaan negeri tidak bantu, pihak swasta pun bukan semua yang hendak salurkan ban­tuan, mereka pun pilih pasukan tertentu sahaja. Memang senang cakap mahu swastakan pasukan tetapi bola sepak kita belum profesional seperti di Eropah,” kata­nya, yang mewakili Selangor dari 1993 hingga 1998.

Katanya, Liga Malaysia tidak meriah dan hilang serinya jika Se­langor menarik diri kerana seluruh negara tahu pasukan itu melahirkan ramai legenda bola sepak Malaysia malah Asia seper­ti Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Azman, 45, bekas penyerang negara dari 1991 hingga 2000 dan pernah membimbing Polis Diraja Malaysia dari 2013 hingga 2015, ditemui dalam sidang akhbar pengumuman Karnival Sukan Patriotik Belia Malaysia 2016: Liga Bola Sepak Belia Patriotik pada Sabtu ini di Stadium Mini Hulu Langat, Selangor.

Pasukan yang menyertainya ialah MyT MBM (Majlis Belia Malaysia), Kementerian Belia dan Sukan, Pilihan Hulu Langat, RTM dan Malaysia All Stars yang dibarisi legenda tanah air seperti Azman, Dollah Salleh, Shahril Arsat dan Shahrin Majid.

Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparudin Yusup ber­kata penganjur akan meng­gerakkan Tabung Hulur Sikit Bro! ‘Demi Perwiraku, Sekecil Manapun, Besar Pengertiannya’ bagi mengisi Tabung Pahlawan Negara yang dilancarkan 25 November lalu hingga 31 Januari ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!