21 Disember 2016

Imam Yang Luruh Imannya


Seorang imam sebuah masjid dan pasangannya, seorang pegawai hal ehwal Islam di sebuah universiti awam masing-masing dijatuhi hukuman penjara 14 hari dan denda RM2,900 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam kerana berkhalwat pada Julai lalu.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menjatuhkan hukuman penjara dan denda tersebut terhadap Mohd. Noruddin Salam Naluwi, 29, dan Siti Khadijah Md. Ghazali, 27, selepas masing-masing mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas mereka.

Mohd. Noruddin merupakan imam di sebuah masjid di Taman Melawati manakala Siti Khadijah pula seorang pegawai hal ehwal Islam di sebuah universiti awam di sini.

Selepas kejadian tersebut, Mohd. Noruddin diberhentikan daripada menjadi iman di masjid tersebut manakala Siti Khadijah turut menerima nasib sama.