16 Disember 2016


Pemenang pertandingan membuat kek The Great British Bake Off, Nadiya Hussain, 31, menjadi mangsa perkauman apabila seorang lelaki berkata kepadanya: “Saya tidak akan duduk dekat seorang Islam”.

Menurut Daily Mail, Nadiya dari Bangladesh yang dibesarkan di Luton, berkata kejadian itu berlaku dalam kereta api dan dia kemudian memuat naik kejadian itu dalam akaun Twitter.

Rakannya dalam pertandingan itu, Rav Bansal juga mengakui kejadian yang sama berlaku kepadanya.

Nadiya memenangi pertandingan realiti televisyen itu pada 2015 dan rakannya dalam pertandingan itu, Rav Bansal mengakui kejadian sama berlaku kepadanya.

Sejak memenangi pertandingan yang disaksikan 15 juta orang, ibu kepada tiga anak yang mempunyai jutaan peminat di media sosial dan dia mengakui mengalami banyak ‘deraan’ perkauman dalam hidupnya.

Nadiya kini menjalani penggambaran dengan BBC bagi siri menjelajah Bangladesh memaparkan kehidupan penduduk negara itu.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!