15 Disember 2016


Hasrat pakatan harapan yang diketuai DAP untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) tidak akan menjadi kenyataan apabila Pas tetap bertegas untuk tidak berunding dengan DAP dan PAN.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, Pas tidak mahu pisang berbuah dua kali setelah kerjasama dengan pakatan pembangkang pada PRU-13 menyebabkan parti berkenaan seakan-akan ditindas.  

Katanya, langkah Pas untuk bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) untuk membentuk Gagasan Sejahtera merupakan tindakan terbaik daripada terus ‘diperkudakan’ DAP dalam pakatan pembangkang.

“Kami tetap dengan pendirian untuk tidak lagi mengadakan rundingan dengan DAP yang secara terang-terangan menolak dasar perjuangan Islam yang dibawa Pas selama ini.

“Kita juga tidak berniat membuka pintu rundingan bersama PAN yang merupakan parti serpihan Pas atas dasar mereka (PAN) telah menunjukkan sikap sebenar mengkhianati Pas dan menjalinkan kerjasama dengan DAP,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Pakatan harapan diketuai DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) bersetuju menjalinkan kerjasama politik bagi menghadapi PRU-14 dengan menggariskan tujuh kandungan utama yang diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di Ibu pejabat PKR semalam.

Salah satu kandungan tersebut adalah untuk berunding dengan parti yang belum berada dalam perjanjian persefahaman tersebut untuk memastikan seboleh mungkin seorang calon sahaja mewakili pembangkang menentang Barisan Nasional (BN).

Dalam pada itu, Naib Ketua Dewan Pemuda Pas, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, perjanjian kerjasama yang ditandatangani oleh pakatan harapan diketuai DAP dengan PPBM semalam langsung tidak menghasilkan sesuatu yang signifikan dalam arena politik ta­nah air.

Beliau berkata, pakatan harapan dan PPBM masih merupakan dua entiti dengan agenda berbeza bukanlah membentuk sebuah pakatan baharu seperti yang dicanangkan sebelum ini.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!