7 Disember 2016


“Saya fikir belum masanya untuk saya menjadi Presiden FAM,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes mengenai kemungkinan beliau bakal bersaing merebut jawatan tertinggi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada pemilihan di Kongres ke-53 Mac tahun depan.

Menurut Tony, buat masa ini beliau mahu memberi fokus kepada pembangunan kelab Petaling Jaya Rangers FC (PJ Rangers) yang sebelum ini dikenali sebagai AirAsia FC sebelum memegang tugas besar dalam FAM.

“Saya fikir biar saya lakukan sesuatu yang istimewa bersama dengan PJ Rangers dulu. Jika berjaya bersama PJ Rangers dan mungkin kemudian (boleh bertanding).

“Buat masa ini saya tidak fikir saya memiliki pengetahuan luas dalam bola sepak tempatan. Saya tidak fikir layak menjadi Presiden FAM,” katanya dalam sidang media semalam selepas majlis memperkenalkan barisan pemain PJ Rangers yang bakal bersaing dalam Liga FAM musim depan.
0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!