21 Disember 2016

Syarikat Penyelenggara Payung Gergasi Bertelingkah


Pertelingkahan antara Majlis Hal Ehwal Dua Masjid Suci dan sebuah syarikat berkait dengan pembayaran menyebabkan 250 payung gergasi di perkarangan Masjid Nabawi di sini tidak diselaranggakan sejak beberapa minggu lalu.

Satu sumber memberitahu akhbar Saudi Gazette, syarikat Kumpulan SaudiBinladin tidak lagi menyelenggara payung automatik itu selepas ia gagal memperoleh kelengkapan penting dan alat ganti dari SL Rasch, syarikat pakar di Jerman. Binladin dan SL Rasch mempunyai perjanjian untuk menyelenggarakan payung berkenaan tetapi dikatakan bertelingkah mengenai syarat kerjasama itu.

“SL Rasch tidak membekalkan Binladin dengan kelengkapan dan alat ganti yang diperlukan untuk menyelenggara payung itu. Ia tidak boleh diperoleh di Arab Saudi,” kata sumber itu.

Payung berkenaan biasanya dibuka dari 7 pagi hingga 5 petang tetapi pengunjung masjid berkenaan menyedari, ia tidak dibuka ketika solat Jumaat sejak tiga minggu lalu.

Dengan garis lintang 25.5 meter, setiap payung seberang 40 tan itu boleh digunakan untuk meliputi kawasan seluas 576 meter persegi.