23 Februari 2017


Perbuatan jahat seorang lelaki berpakaian wani­ta lengkap bertudung yang tular awal minggu ini kerana mencuri dompet di surau wanita dihukum apabila dia dipenjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Atiqah Abd. Karim@Husaini menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Mohamad Firdaus Abdullah, 21, selepas tertuduh mengaku salah atas pertuduhan yang disabitkan ke atas­nya.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa mencuri sebuah dompet jenama Charles & Keith yang mengandungi pelbagai barang berharga termasuk wang tunai RM408 dan sebuah telefon bimbit Samsung J1 milik Nur Damia Syahirah Rany, 22,.

Kesalahan itu dilakukan di surau wanita, Tingkat 1, Sunway Pyramid, Bandar Sunway di sini pukul 9.40 malam pada 18 Februari lalu.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan boleh di denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ilyani Mohd Tamam yang mewa­kili pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pe­ngajaran agar tertuduh dan orang lain tidak melakukan kesalahan sama.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!