22 Februari 2017


Juara dunia Formula Satu (F1) tiga kali, Lewis Hamilton menyifatkan jentera baharu Mercedes seperti sebuah bot selepas melihat perkembangan terkini jentera tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Pelumba Britain itu sekali lagi dalam misi memburu gelaran dunia keempatnya setelah terlepas pada tahun musim lalu dan beliau mendedahkan, terdapat perbezaan antara jentera tersebut dengan hybrid W07.

“Saya telah melihat jentera itu diuji dalam terowong angin. Saya juga melihatnya daripada mula dibina hingga sekarang. Pada tahun 2009, jentera juga nampak sangat teruk dalam terowong angin kerana ia tak sama de­ngan yang lama.

“Tapi lama kelamaan saya dapat menyesuaikan diri. Justeru, mungkin kali ini pun begitu. Jentera kelihatan seperti bot besar. Ia lebih luas dan panjang.

“Melihat daripada kokpit sehingga gandar, ia sarat dengan material. Sememang­nya berbeza dengan yang lain. Tapi saya yakin ramai akan menyukainya kerana penggunaan tayarnya lebih besar dan lebar,” jelasnya.

Hamilton juga menyatakan satu lagi perubahan yang beliau harapkan ialah pemandu tidak harus berkongsi data dengan rakan sepasukan.

“Saya mahu kita kembali kepada kereta lebih ge­nerik seperti dahulu. Saya mahu gearstick lama, saya tidak suka kotak gear yang kita ada hari ini.

“Jentera masa kini memerlukan kita sentiasa berhubung dengan jurutera. Ia begitu merepek,” katanya.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!