22 Februari 2017


Seramai lima orang terbunuh apabila sebuah pesawat kecil, Beechcraft King Air terhempas di bumbung pusat membeli-belah, Spotlight selepas berlepas dari Lapangan Terbang Essendon, Melbourne awal pagi semalam.

Menurut Penolong Pesuruhjaya Polis Negeri Victoria, Stephen Leane, pesawat itu mengalami kegagalan enjin dan terus terhempas.

“Ada lima orang di dalam pesawat itu dan nampaknya tiada sesiapa yang terselamat dalam kejadian tersebut,” kata Leane.

Dalam pada itu, beberapa saksi memberitahu Australian Associated Press bahawa pesawat itu kemudiannya meletup ekoran nahas berkenaan.

Tambah Leane, kemalangan itu berlaku sekitar pukul 9 pagi, satu jam sebelum pusat membeli-belah itu dibuka dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan orang ramai.

Sementara itu, stesen penyiar Sky News menunjukkan serpihan bangkai pesawat yang bertaburan sekitar tempat letak kereta di pusat tersebut dan asap tebal hitam menyelubungi kawasan berkenaan.

Polis bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mangsa yang terkorban.

Dalam perkembangan sama, jurucakap Airservices Australia yang enggan dikenali berkata, pesawat yang terbang keluar masuk di lapangan terbang utama Melbourne tidak terjejas sama sekali.

Selain itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) akan menyiasat punca kemalangan tersebut.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!