23 Februari 2017

Selepas 10 Tahun, Video Seks Kim Tersebar Lagi


Bintang realiti, Kim Kardashian, sebelum ini dikatakan sudah berjaya memadamkan ingatan peminat terhadap video lucahnya bersama bekas kekasih, Ray J, yang tersebar 10 tahun lalu. 

Video seks berkenaan yang dirakam ketika dirinya masih bercinta dengan lelaki itu, yang juga seorang penyanyi, bagaimanapun membolehkan Kardashian dikenali di arena hiburan antarabangsa. 

Walaupun perit untuk ditelan, isteri kepada bintang rap terkemuka, Kanye West, itu akhirnya berjaya membina nama sendiri dalam industri hiburan, malah dianggap seorang daripada selebriti wanita paling berpengaruh di dunia. 

Begitupun, genap sedekad video lucahnya tersebar dan kian dilupakan, kini muncul pula rakaman lain yang belum pernah disaksikan. Menerusi rakaman yang didedahkan Radar Online, bintang Keeping Up with the Kardashians itu mengenakan baju dalam manakala Ray J mengambil gambar hingga membawa kepada adegan bilik tidur. 

Bos Vivid Entertainment, selaku pihak yang menyiarkan rakaman berkenaan, ketika diminta mengulas situasi terbabit mengakui video yang diterbitkan pada 21 Februari 2007 itu sudah ditonton lebih 150 juta orang secara dalam talian. 

Kebocoran isi rakaman terbabit yang belum didedahkan sebelum ini nyata membuatkan ramai tertanya-tanya, bagaimana pengisian video berkenaan boleh tersebar semula, apatah lagi selepas beliau bergelar ibu. 

Pada masa sama, wakil Kardashian mahu pun suaminya belum memberikan sebarang maklum balas berhubung perkhabaran terbaru ini. Meskipun wanita ini jarang bercerita perihal punca dirinya mengecap populariti, namun menerusi sebuah temubual baru-baru ini, beliau mendedahkan mengenai perasaannya selama ini berhubung perkara berkenaan. 

"Jika ada pun perkara yang saya kesalkan dalam hidup, itulah dia," katanya kepada Love Magazine. Dalam temubual bersama Oprah kemudiannya, Kardashian berkata, beliau sedar meskipun dirinya tidak menyukai video terbabit, rakaman itulah yang membuatkannya terkenal. 

"Saya rasa itulah caranya saya diperkenalkan kepada dunia. Ia memang dalam bentuk yang negatif, jadi saya rasa perlu bekerja 10 kali lebih keras untuk membolehkan orang ramai mengenali diri saya yang sebenar," katanya.