22 Februari 2017


Suspek dalam pembunuhan Kim Jong-nam, Ri Jong Chol, warga Korea Utara yang ditahan dalam siasatan pembunuhan abang pemimpin negara itu, sudah menetap di Malaysia selama lebih tiga tahun tanpa bekerja di syarikat yang didaftarkan dalam permit pekerjanya atau menerima gaji. 

Jong Chol, 47, memiliki visa untuk bekerja di Malaysia yang menunjukkan dia seorang kakitangan di Tombo Enterprise. 

Namun pemilik syarikat berkata, suspek tidak pernah bekerja walau sehari atau mendapat gaji daripada syarikat kecil mengeluarkan herba perubatan itu. 

Pemilik Chong Ah Kow berkata, beliau membantu mendapatkan visa pekerja suspek dengan menyertakan dokumen sokongan bahawa dia seorang pengurus pembangunan dalam jabatan teknologi maklumat (IT) syarikat dengan memperoleh RM5,500 sebulan. 

Visa pekerjanya diperbaharui sekali pada Jun 2016. "Ia hanyalah satu urusan rasmi, hanya dokumen, saya tidak pernah membayar gajinya. Saya tidak tahu bagaimana dia tinggal di sini (Malaysia). 

Saya tidak tahu bagaimana dia memperoleh gaji," kata Chong dalam satu temuramah dengan Reuters. Chong, kerap berkunjung ke Korea Utara berkata, beliau hanya 'cuba membantu' Jong Chol. Beliau pernah disoal siasat polis dan memberitahu Reuters, bersedia berdepan sebarang tindakan berikutan menghantar maklumat palsu kepada kerajaan. 

Chong, juga rakan Jong Chol berkata, warga Korea Utara itu tinggal bersama isteri serta dua anaknya di ibu kota ini. Reuters tidak dapat memastikan jika Jong Chol memiliki pekerjaan lain atau sumber pendapatan. Polis juga tidak dapat dihubungi untuk menjelaskan bagaimana suspek menampung kehidupan keluarganya di Malaysia. 

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!