8 Mac 2018



Kehangatan PRU dah mula dapat dirasakan bila mana semua parti berjanji akan memberikan yang terbaik kepada rakyat. Tak kisahlah walaupun janji hanya tinggal janji (kebanyakkannya belah pembangkang), yang penting janji mesti kena ada.

Tapi dalam banyak-banyak janji yang ditabur, sehinggakan ada yang sanggup mati kerana janji manusia berpolitik ialah 'syurga'.

Maka berbondong-bondonglah pengikutnya mula menuduh sesama islam lain sebagai kafir...akan masuk neraka dan macam-macam lagilah semuanya yang buruk-buruk. Tak cukup dengan itu, diadakan pulak solat hajat biar saudara islam yang tak menyokong mereka akan hancur.

Mungkin mereka lupa bahawa Allah Maha Besar. Tak kira apa pun status yang diberikan oleh pengikutnya, biarlah serban tak tinggal, beriktikaf 24 jam dalam masjid, jika Allah tidak mengizinkan maka doa kau hanyalah sampah. Sebab apa? Sebab hati kau busuk.

Hidup lawannya mati. Setelah sepemergian si ketua, maka berbondong-bondong pulaklah orang kanan dan kiri keluar meninggal parti itu. Mereka menubuhkan parti yang lebih sekular...yang tak mahu dilihat macam keislaman.

Persoalannya, kenapa meninggalkan parti yang boleh menjamin mereka masuk 'syurga'? Adakah mereka lebih rela masuk neraka berbanding janji-janji syurga yang kosong oleh si pemimpin?

Tidak cukupkah tarbiyah atau tazkirah yang diberikan? Mungkin jugak tazkirah yang diberikan tiada roh, sebab itulah masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Satu nasihat, janganlah mendahului Allah dalam apa perkara sekali pun. Takut-takut nanti menuduh orang islam lain kafir, engkau yang kafir. Menghukum orang islam lain akan masuk neraka, engkau yang mendahului...nauzubillah.





0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!