Salam semua, BR1M 2015 atau BR1M 4.0 atau Bantuan Rakyat 1Malaysia 2015 4.0 Kali ini, telah di ubahsuai dan ditambahbaikkan terutamanya dari jumlah wang yang akan rakyat terima iaitu RM950 buat Keluarga yang berpendapatan tidak lebih dari RM3000 sebulan. Pada tahun 2015, penerima BR1M akan dibayar 3 kali dalam masa setahun, iaitu pembayaran pertama pada Januari 2015: RM300 dan juga Mei 2015: RM300 dan pada bulan September 2015: RM350 akan dibayar kepada rakyat.

Manakala bagi Keluarga yang berpendapatan di antara RM3000 hingga RM4000 sebulan pula akan menerima RM75 pada Januari 2015, RM200 pada Mei 2015 dan RM350 lagi pada September 2015.

Bagi individu berstatus bujang yang berumur 21 tahun ke atas akan diberi RM350 dan akan dibayar pada Januari 2015 sekali gus.**Untung lah orang bujang.. :P




SEMAK ONLINE BR1M 4.0

PERMOHONAN ONLINE BR1M 2015


UPDATE AKAUN BR1M 4.0




Untuk mereka yang layak menerima bantuan rakyat 1 malaysia 2015 atau 4.0 ini anda harus meng update dahulu permohonan anda yang terdahulu dengan cara online.masuk disini Failed to find favicon for ebr1m.hasil.gov.my UPDATE PERMOHONAN BR1M 4.0. Update maksudnya jika anda telah bertukar alamat atau menukar akaun bank atau apa-apa identiti yang penting telah diubah,anda haruslah mengupdate segalanya di laman itu,untuk update hanya perlu masukkan nombor IC dan nama penuh seperti dalam IC anda dan ikut arahan seterusnya.(ruangan update ini akan dibukan pada bila-bila masa sahaja mula november 2014.)

Bagi mereka yang masih lagi berlum medaftar sebagai penerima bantuan rakyat 1 malaysia,anda perlu mendaftar dahulu disini DAFTAR ONLINE BR1M. Untuk mendaftar,anda hanya perlu masukkan nomcor IC dan nama penuh anda seperti di dalam IC dan ikut arahan seterusnya.untuk mendaftar secara offline anda perlu datang sendiri ke mana-mana pejabat lembaga hasil dalam negeri (LHDN).

SEMAKAN PERMONAN BR1M 2015 4.0.
Untuk semakan keputusan pula sama ada anda lulus atau tidak,di bawah ini admin ada sediakan cara menyemak permohonan keputusan bantuan rakyat 1Malaysia secara online mahupun offline.

1) CARA SEMAK STATUS BR1M 4.0 : 
Cara pos.dengan cara pos,penerima akan mendapat surat dari pejabat pos yang berkandungkan status permohonan sama ada lulus atau pun gagal.jika lulus,penerima akan diberitahu tempat dimana penerima akan menebus baucer tersebut. 

2) CARA SEMAK STATUS BR1M 4.0 : 
Cara call.cara ini anda boleh terus menghubungi pejabat lembaga hasil dalam negeri LHDN di hotline 1-800-222-500 / 1-800-88-2716. Talian ini dijangka akan dibuka awal Januari 2015 dan hanya beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari isnin hingga jumaat. 

3) CARA SEMAK STATUS BR1M 4.0 :
Cara email. Anda hanya perlu menghantar email ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my .Untuk bertanya melalui email, sila pastikan anda memberikan identiti penuh anda bagi memudahkan pihak berkenaan menyemak status permohonan BR1M 43.0 anda.

CARA BUAT RAYUAN BR1M 4.0 BAGI YANG GAGAL:
1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan. 
2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). 
3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonannya untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan. 
4. Pembayaran hanya akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 4.0 diluluskan.

***Sebarang update akan kami catitkan disini, Sekiranya ada apa-apa masalah, sila lontarkan komen anda di bawah atau terus menghubungi Hotline BR1M di no. talian: 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 atau melalui email ke: br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my

0 Komen:

Catat Ulasan

Lazada Malaysia

Blog Serius - Serius Beb!